Friday, August 21, 2009

Ramadhan bulan ibadah atau bulan perjuangan?

Alhamdulillah, Allah pertemukan kita dengan bulan yang dinantikan ummat islam, bulan ramadhan al mubarak. Bulan ramadhan suatu bulan kita melipat kali gandakan amaln kita dan meraih keredhaan dan ganjaran Allah ber lipat kali ganda.

Bulan ramadhan, satu bulan yang khususnya umat islam di Malaysia menumpukan diri ber ibadah kepaada Allah. Memperbanyakkan tilawah hafazan Alquran, qiamulail, iktikaf. Adakah bulan ramadhan suatu bulan ibadah ?

Banyak peristiwa sejarah umat islam berlaku di bulan ramadhan. Perang badar 2 hijrah, pembukaan kota mekah, pembukaan Andalus oleh Tariq bin Ziyad, Kemenangan ummat islam oleh Saifuddin Quthus di Ain jalut. Adakah bulan ramadhan bulan perjuangan?

Apakah ibadah? Ibadah ialah mengabdikan diri kepada Allah. Apakah jihad? Jihad ialah suatu pengaorbanan dan kesungguhan untuk menegakkan Islam.

Bulan ramadhan adalah suatu bulan untuk ummat islam memaksimakn amalan dan meraih redha Allah. Ia bukan lah suatu bulan yang menuntut ummat islam beruzlah dan menfokuskan diri pada ibadah.Dengan maksud ibadah yang luas, setiap amalan yang kita buat hanya kerana Allah itu adalah ibadah selagi kita menginginkn redha Allah.

Bulan ramadhan bukan bulan yang dikhususkan untuk berjihad/ berperang. Sekiranya ummat islam dituntut untuk berperang maka itu adalah suatu yang diperlukan. Dengan maksud jihad yang luas, setiap amalan yang dilakukan dengan mujahadah adalah berjihad. Jihad yang paling afdhal ialah melawan nafsu, dan itu adalah seminimum jihad. Jihad fi sabilillah memerlukan seorang yang mampu untuk berjihad melawan nafsunya.

Bagi yang bekerja atau belajar, SPM, PMR, bermujahadah di dalam pekerjaan itu dalah suatu jihad.

Bulan ramadhan bukan bermakna kita menfokuskan diri kita untuk ibadah dan berhenti ber dakwah dan mengikut tarbiyyah.

Bulan ramadhan, adalah madrasah yang paling terbaik untuk tarbiiyah. Ia adalah suatu bulan kita bersunguh2 dalam mentarbiyah diri kita, menginfaqkan harta, membersihkan jiwa kita, memperbanyakkan ibadah, berjuang di siang harinya, mendidik nafsu, beribadah di malam harinya, bertaqarub kepada Allah, setiap saat itu bernilai. Syahru ramadhan syahru tarbiyyah, syahru ummah.

Sunday, July 19, 2009

Hati Salafussoleh


Berlalu satu tempoh yang lama......aku tak mengisi post......hati mudah berbolak-balik...perlu akan pengisian hati....Allah menyusun untuk kita yang lemah solat lima waktu sehari agar kita tidak lalai dari mengingati-Nya...bagi yang mengikuti usrah setiap minggu wajib bertemu....untuk kita menjaga hati kita ang berbolak-balik.

Sedikit renungan dari contoh teladan buat hati.......

Umar AlKhatab:"sesungguhnya kamu telah lalaidan berpaling dari Allah apabila kamu melihat sesuatu yang di murkai Allah lalu kamu tidak mempedulikannya. Kamu tidak menyuruh dan melarang lantaran takut kepada orang walahal orang-orangini tidak boleh membahayakan ataupun memberi faedah kepada dirimu."

Ibnu Taimiyyah:"meski pun mereka telah menggalkan kejahatan, mereka bukanlah mujahidin yang tulen yang berjuang menghapuskan kejahatan sehingga tiada lagi fitnah dan rintangan yang menghalang manusia dari jalan dan agama Allah. Hingga jadilha agama seluruhnya untuk Allah.

Buat hati yang lalai, hidup kita bukan sekadar beribadah kepada Allah tetapi untuk menegakkan syariat Allah ini.

salafussoleh:"Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar."

Seorang hakim, AlZubairi:"Ambillah seluruh duniamu dan tnggalkanlah hatiku, Dalam keadaan bebas dan biarlah aku keseorangan mengembara, Sesungguhnya kerajaan (hati)aku lebih besar dari kerajaan kamu, Sekalipun kamu melihat aku bagai seorang pengembara yang berkelana."

Khalid AlWalid:"Sesunguhnya aku datangkan kepada kamu satu kaum yang lebih cinta kepada kematian daripada kecintaan kamu kepada kehidupan."

Ibnu Mubarak:"Kebencian kepada kehidupan dunia dan ketakutan kepada Allah mengeluarkan daku, Ke medan jihad dan menjual diriku dengan harga yang tidak ternilai, Sesungguhnya aku telah menimbang apa yang kekal dan apa yang fana', Demi Allah sesuatu yang kekal tidak dapat ditandingi oleh sesuatu yang fana."

Ibnu al Jauzi:"Langkah pertama dijalan ini ialah pengorbanan jiwa, Itulah jalan yang benar. Siapakah yang hendak melaluinya?"

salafussoleh:"sesungguhnya titisan darah masih mahal bagi umat islam.Selagi mereka menganggap titisan darah itu mahal, mereka tidak akan sampai ke mana, kerana harga kemerdekaan dan kemuliaan hanya dapat dibayar dengan titisan darah."

Buat hati yang berjiwa besar....inilah kata2 yang bukan direka tapi kata2 yang berjiwa besar:-
1.Kemerdekaan jiwa
2.Cita-cita besar

3.Kesetiaan tak berbelah bagi
4. Pengorbanan
5.Cintakan akhirat dari dunia

Sunday, May 3, 2009

Dokter

Pada 1 mei yg lps, penulis berpeluang melawat pesakit di hospital dan melihat suasana disana.

Pada mulanya penulis mendapat berita dari mak ngah tuk Zul masuk hospital, ummi terus menelefon bertanya hal tuk Zul, dia sakit jantung.

Penulis dan keluarga terus segera bertolak ke Hospiatal Ipoh (tempat kelahiran penulis) selepas solat asar. Tiba di sana hari sudah gelap, hanya 2 orang dibenarkan masuk dalam satu masa.

Tiba di wad 7A ramai pesakit terbaring. dalam satu bilik terdapat lebih kurang 48 orang pesakit, semuanya dengan masalah yang berbeza. Dokter yang merawat pen berbeza dengan kepakarn berbeza.

Penulis yang ambil biology cuba untuk mengesan punca sakit jantung tuk Zul, arteri tersumbat? glukose terlebih? nerve tak fungsi dengan baik? tak dapat difikirkan dengan ilmu yang cetek ini.

Penulis bertanya khabar tuk Zul, critical tak sakit jantung? Tak, mujur syntom awal shj. Macam mana boleh kesan sakit jantung? pada mulanya tuk Zul sakit dada, slps tu pergi periksa di klinik, dokter suruh ke hospital.

Esok sabtu pergi melawat lg tuk Zul, bertanya apa yang dokter cakap? dokter suruh tuk Zul cerita apa yang tuk Zul rasa? ummi kata barulah dokter tahu apa sakitnya, puncanya, dan ubatnya.




Ibroh yang nak dikongsi bersama:-
1. Setiap orang ada masalahnya sendiri, ubatnya berbeza, rawatan pun berbeza ikit kesesuaian seseorang.
2. Untuk kita merawat seseorang kita perlu ada ilmu.
3. Pesakit perlu segera beritahu dokter, jangan tunggu dah parah, baru nak jumpa dokter, susah nak ubati.
4. Pesakit perlu cerita pada dokter apa yang dia hadapi barulah boleh nak rawat dangan tepat.

"Seorang da'i ibarat doktar yang merawat pesakitnya, madĂș"

Saturday, April 25, 2009

Dunia terbakar !!!!!

Kring...kring...kebakaran2, bangun cepat, api makin besar....tolong2 kat sini....cepat padamkan api...

Dunia kini dalam kebakaran yang teramat di sebelah barat penyakit selsema membunuh melanda, di sebelah timur dalam maksiat berleluasa, di serata dunia, U.S, India, Thailand, Indonesia, Malaysia menuntut kepimpinan yang adil (pilihan raya & politik), di Palestin, Iraq, Mindanau, Afghanistan peperangan tercetus sedang yang lain duduk diam melihat sahaja.

Penipuan,kemiskinan, kegelisahan melanda dunia. Ozon makin nipis, flora fauna terganggu, gas & bahan kimia tak seimbang, tahap kesihatan menurun.

Dalam dunia yang maju & berteknologi ini, semua ini boleh berlaku, kenapa? kenapa?

Seperti dunia ini menantikan satu rahmat dari Allah. Rahmat kepimpinan Islam atas muka bumi ini.yang menenangkan semua keadaan yang kelam-kabut ini.

Ibarat Bomba memadam api bergegas menyelamatkan orang, dangan kemahiran dan pengorbanan, tiada masa untuk dibuang, lagi lama lagi parah dan susah. Kita bangun, kejutkan dan tunjukkan dunia ini cahaya harapan Islam.

Thursday, November 13, 2008

Tarbiah bil ahdaf


Assalamualikum kepada semua khususnya para du'ah, nuqaba', mas'ul, murabbi (pembina), mutarabbi (orang yang dibina), pemuda islam yang semangat, ikhwah, akhawat, muslimin, mu'minin. Saban hari kita melalui kehidupan kita dengan pelbagai agenda dan perancangan. Alhamdulillah kerana Dia membenarkan kita berada di atas jalan ini, semoga kita istiqamah dan tsabat atas jalan ini.

Kita sering kali melakukan agenda tetapi hasil penat lelah itu tidak mendatangkan hasil kepada agama yang kita cintai. Allah menganugerahkan kita dangan iman dan islam untuk kita mengagungkan kalimah Allah, itulah matlamat hidup kita.Setiap agenda yang kita usahakan mestilah bermatlamat mengagungkan kalimah Allah.

Para du'ah, nuqaba',mas'ul, murabbi,mutarabbi,ikhwah, akhawat, muslimin, mu'minin, dalam kita berjumpa, berbincang, merancang, berziarah, berriadah, melalui kehidupan ini, hendaklah setiap satunya mempunyai objektif tertentu untuk kita capai dan dapat dinilai semula.

Sesuatu perkara yang dilakukan yang tidak mempunyai objektif, tidak akan dilakukan bersungguh dan tidak dapat dinilai semula keberjayaannya. Kita pada hari ini ingin melakukan perubahan pada ummat ini. Dalam kita nak mengubah dunia, masyarakat, anak buah, diri sendiri mestilah ada objektif yang ingin dicapai. Dengan ini kita dapat memastikan perubahan benar-benar berlaku dan menilai semula perubahan yang berlaku.

Alquran, hadith, sirah, qisah sahabah, qisah tabi' wa tabien, tulisan ulama', menjadi panduan kita dalam menentukan perubahan. Islam ini bukanlah teori dan ilmu semata tetapi ilmu yang diamalkan dan amalan yang sebati dalam diri kita menjadi penilaian lebih utama. Inilah nilai perubahan untuk ummat ini. Inilah yang dimaksudkan dengan "tarbiah bil ahdaf" (tarbiah dangan matlamat) yang akan menjamin perubahan ummat ini.

Thursday, November 6, 2008

Jom Otai


Assalamualikum, bertemu kita lagi dengan satu waktu yang amat dinantikan, satu tahun telah pun berlalu tanpa kita sedar, kenangan cuti tahun masih ternampak dalam fikiran. Cuti tahun ini? sama ke macam tahun lepas????

Boleh jadi cuti ini jadi pemangkin bagi kita,boleh jadi cuti ini silent killer bagi kita.Pengajaran tahun lepas jangan kita ulangi semula, pedoman Alkisah Otai ana ajak kita selami sedalamnya.

Monday, September 29, 2008

Sekiranya aku orang ke-4


Alkisah tiga orang hamba Allah terkurung dalm gua. Pintu gua tertutup dangan batu yang besar. Tiga Abdullah bermunajjat pada allah," Ya Allah sekiranya amal yang aku buat ini ikhlas kerana-Mu yallah bantulah aku." Tiga Abdullah memohan pada Allah dengan amalan masing-masing yang istiqamah dilakukan. Setiap abdullah amalan yang berlainan. Dimohan pada Allah dibuka pintu gua, bergeraklah sedikit demi sedikit batu yang menutupi pintu gua dangan amal mereka yang ikhlas itu. Sekiranya kita orang ke-4, boleh tak kita gerakkan batu tersebut?

Berakhirnya satu camp daripada siri-siri camp dalam madrasah islamiyyah yang luas, madrasah ramadhan berakhir tetapi madrasah islamiyyah tak pernah tamat pengajiannya bagi mereka yang mencari redha Allah.

Madrasah ramadhan yang kita penuhkan dangan amal. Amal yang kita buat selama hidup kita. Da'wah, tilawah, solat, dan pelbagai lagi ibadahyang kita lakukan dalam hidup kita. Kiranya kita dipanggil Allah sekarang, adakah amal kita ini sudah memadai?

Kita sering kali menyatakan kita hendak mati syahid di atas jalan ini dan itulah cita-cita yang kita laungkan. "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku adalah kerana Allah tuhan semesta alam" sering kita lafazkan di bibir kita.

Dalam banyak-bnyak amal kita yang mana satu kita ikhlas dan diterima Allah? Seringkali dalam pemikiran kita dan hati kita terlintas niat-niat yang kita tak nak. Seringkali kita lalai mengingati Allah dalam amal kita.

Semoga Allah menerima amalan kita.

hasbuna rabbuna jallallah ma fi qalbina ghairullah nur muhammad solallah la ilaha illallah, taqabbalallahu minna wa minkum.

Older Posts